Menentukan masa untuk menghabiskan bacaan sesebuah buku memang sukar. Tambah lagi bila anda sibuk dengan hal harian yang lain yang membuatkan anda begitu sukar untuk membaca buku.
Atas sebab itu, kini wujud satu aplikasi atas talian yang membolehkan anda menganggar berapa lama masa yang anda perlukan untuk membaca sesebuah buku. Melalui aplikasi How Long to Read, anda boleh memasukkan judul buku yang anda ingin baca dan anda akan mendapat anggaran masa yang diperlukan untuk anda membaca buku tersebut.
Setakat ini How Long to Read menyimpan data untuk lebih 12 juta buku yang terdapat di pasaran.
***
Sumber: Lifehacker