Jika anda biasa dengan novel-novel antarabangsa, novel Le Petit Prince bukanlah sebuah novel yang perlu dipekenalkan lagi. Novel ini telah diterjemahkan ke dalam 250 bahasa dan dialek dan telah terjual lebih 140 juta naskah. Namun begitu, satu hal mengenai buku ini yang mungkin anda tidak tahu adalah ia juga boleh diperolehi dalam bentuk buku timbul (pop up).
Edisi yang diterbitkan oleh HMH Books for Young Readers ini mengandungi 64 mukasurat dan menfokuskan pembaca yang berusia di antara 7 hingga 10 tahun.
Edisi buku timbul ini menampilkan lukisan-lukisan asal yang disusun semula untuk menyesuaikannya dengan objek-objek timbul yang terdapat di dalam novel ini. Sebagai contoh, para pembaca boleh melihat objek planet yang timbul dan berputar sebaik sahaja mukasurat novel ini diselak.
Terdapat juga objek-objek 3-Dimensi yang sudah tentunya memberikan pengalaman membaca yang lebih menyeronokkan.
***
Sumber: Brainpickings / Amazon