Peminat-peminat siri novel atau filem Harry Potter mungkin teruja dengan berita ini. Baru-baru ini sebuah bar telah dibuka di Toronto, Kanada dan apa yang menarik tentang bar ini adalah merupakan sebuah bar yang berkonsepkan novel Harry Potter.
Bar yang diberi nama Lockhart (sempena nama Professor Lockhart yang dilakonkan oleh Kenneth Branagh)dan dekorasi dalamannya menampilkan hiasan yang merujuk kepada novel Harry Potter. Minuman yang dihidangkan pula diberi nama seperti "Befuddlement Brew", "The Shacklebolt" dan "Ludo’s Debt".
Justeru itu jika anda peminat Harry Potter, berkunjung ke bar ini sudah tentu satu perkara wajib yang perlu anda lakukan.
***
Sumber: Flavorwire