Bagaimana caranya untuk menarik minat orang terhadap Sains? Salah satunya sudah tentu membina sebuah kafe dan perpustakaan yang cantik yang menarik minat orang untuk belajar dan mengkaji dunia sains.
Inilah yang dilakukan oleh Anna Wigandt yang telah membuka Science Cafe & Library di Chişinău, Moldova.
Tujuan utama Wigandt membuka kafe dan perpustakaan ini adalah untuk mewujudkan tempat yang lebih tenang dari kafe biasa dan lebih berbentuk seperti perpustakaan tetapi pada masa yang sama cuba mengekalkan tarikan seperti sebuah ruang awam.
Antara ciri-ciri menarik kafe ini adalah satu tingkap yang besar yang membenarkan cahaya semulajadi menerangi kafe ini. Kafe ini juga mengamalkan konsep layan diri di mana terdapat satu meja yang di atasnya diletakkan pelbagai makanan dan minuman dalam bekas-bekas yang kelihatan seperti bekas alat eksperimen. Di satu dindingnya juga terdapat rak buku yang diletakkan buku-buku seperti buku kejuruteraan, angkasa lepas dan pelbagai lagi.
Jangan lepaskan peluang mengunjungi kafe ini jika anda berpeluang berkunjung ke Moldova.
***
Sumber: KNSTRCT