Anda mungkin selalu ke kedai buku dan menghadapi kesukaran untuk membeli buku kerana terlalu banyak buku yang anda beli. Tetapi kedai buku di Tokyo ini mungkin boleh membantu anda.
Kedai buku yang dimaksudkan adalah kedai buku Morioka Shoten di Ginza yang hanya menjual satu judul buku sahaja setiap enam hari dari hari selasa hingga ahad. Setiap petang pula akan diadakan acara untuk membincangkan buku tersebut dan menghubungkan penulis dan pembacanya.

Kedai buku ini mula dibuka pada bulan Mei 2015 di sebuah jalan yang agak sunyi di bandar Ginza yang merupakan kawasan membeli belah yang popular di Tokyo. Konsep kedai buku ini diasaskan oleh Yoshiyuki Morioka yang merupakan pemilik Morioka Shoten Co, sebuah kedai buku biasa di Kayabacho.
Menurut Morioko, pengalamannya membuka kedai buku selama sepuluh tahun menyebabkan beliau percaya bahawa dengan hanya menumpukan kepada sebuah buku sahaja akan dapat menambah pemahaman dan mendekatkan lagi hubungan diantara pembaca dan buku dan akhirnya memberikan tahap kepuasan membaca yang lebih hebat.
***
Sumber: E Book Friendly