Pelbagai cara digunakan untuk menarik perhatian orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan seperti memberi diskaun tambang dan pelbagai cara lain. Baru-baru ini, bas awam di bandar Cluj-Napoca, Romania memberi tawaran yang agak unik: sesiapa yang menaiki bas dengan membawa buku tidak akan dikenakan sebarang tambang.
Projek ini dipelopori oleh Victor Miron yang merupakan seorang penggemar buku yang berasal dari bandar itu. Projek ini berlangsung selama tiga hari dari 4 hingga 7 Jun yang lalu dan Victor Miron telah menghabiskan selama setahun untuk berkempen bagi menjalankan projeknya ini dengan bantuan datuk bandar Cluj-Napoca.
Harapnya inisiatif sebegini akan berkembang dan wujud di tempat-tempat lain pula.
***
Sumber: Atlas Obscura