Bagi peminat-peminat siri novel Harry Potter, berita terbaru ini mungkin akan mengujakan mereka. Syarikat penerbitan buku Studio Press bakal menerbitkan secara rasmi buku mewarna pertama Harry Potter pada 5hb November akan datang. Buku mewarna yang bakal diterbitkan ini mengandungi hasil seni dan rekaan yang diilhamkan daripada filem Harry Potter dan mengandungi lukisan yang digunakan untuk menghasilkan filem Harry Potter.
Buku ini bakal dijual dengan harga £9.99 (lebih kurang RM60.00) dan diterbitkan dalam edisi kulit lembut.
***
Sumber: The Bookseller