Akhirnya teka-teki penerima Hadiah Man Booker 2015 terjawab apabila penulis kelahiran Jamaica, Marlon James dipilih sebagai penerimanya menerusi novel A Brief History of Seven Killings yang diinspirasikan daripada kejadian cubaan membunuh bintang reggae terkenal Bob Marley pada tahun 1970an.
Dengan pemilihan Marlon James ini, beliau menerima hadiah wang tunai £50,000 dan menjadi penulis kelahiran Jamaica pertama yang dipilih untuk menerima Hadiah Man Booker.
***
Sumber: BBC