Antara aktiviti biasa yang dilakukan pada hari Halloween adalah mengunjungi rumah ke rumah untuk mengutip gula-gula. Tetapi di Jepun lain pula ceritanya. Kedai buku Junkudo di Jepun baru-baru ini telah menawarkan peluang untuk bermalam di kedai buku mereka yang terletak di Osaka pada hari Halloween yang jatuh pada tarikh 31hb Oktober.
Mereka yang berminat boleh memohon di laman web mereka dan sepuluh pemohon bertuah akan diberi peluang untuk bermalam di kedai buku Sennichimae Junkudo di Osaka bermula jam 10:00 malam pada 31 Oktober hingga jam 8:30 pagi keesokan harinya.
Jadi jika anda secara kebetulan akan berada di Osaka pada tarikh tersebut, anda boleh mencuba nasib dengan memohon di pautan INI
***
Sumber: Rocket News 24