Jika anda masih ingat, syarikat kedai buku gergasi Borders telah memfailkan permohonan bankrapsi pada tahun 2011 dan akibatnya mereka terpaksa menutup dan menjual kesemua cawangan kedai buku mereka di Amerika. Namun apa yang peliknya, cawangan kedai buku Borders masih wujud di Malaysia. Kenapakah ia boleh berlaku sedangkan Borders sudahpun mengisytiharkan syarikat kedai buku mereka sebagai sebuah syarikat yang sudah bankrap?
Jawapannya tidaklah begitu senang dan tidak juga begitu susah.
Secara asasnya, cawangan kedai buku Borders dimiliki secara terus oleh syarikat Borders. Jadi apabila mereka memfailkan permohonan bankrapsi, maka cara untuk membayar hutang-hutang mereka adalah dengan menjual kesemua kedai buku mereka di Amerika. Tetapi bagi cawangan kedai buku Borders di Malaysia pula, ia diuruskan secara francais oleh Berjaya Books Sdn Bhd di mana kebiasaanya syarikat yang memegang perjanjian francais ini akan menanggung kos untuk membeli peralatan, insuran, lesen, sewa dan sebagainya. Syarikat yang memasuki perjanjian francais ini juga selalunya perlu membayar secara langsam yuran francais dan juga bayaran royalti tahunan untuk menggunakan logo pemberi francais. Jadi jika syarikat pemberi francais tersebut ditutup, syarikat yang memasuki perjanjian francais ini masih boleh menggunakan logo syarikat pemberi francais. Namun apa yang selalu menjadi masalah adalah kebenaran untuk menggunakan logo ini dimiliki oleh kreditor (Bank, koperasi dan sebagainya) dan mereka boleh membenarkan logo tersebut terus digunakan dengan bayaran dalam bentuk royalti.
Untuk mengelak daripada membayar royalti, syarikat yang memasuki perjanjian ini boleh membeli hak logo berkenaan namun ia mungkin dijual dengan harga yang tinggi.
Sudah tentunya dengan terus mengekalkan cawangan kedai buku Borders di Malaysia memberikan keuntungan kepada Berjaya Books Sdn Bhd kerana jika tidak, sudah tentu ianya sudah lama ditutup.
***
Sumber: Atlas Obscura