Teka-teki tentang penerima Hadiah Nobel Sastera 2015 akhirnya terjawab apabila Svetlana Alexievich diumumkan sebagai penerimanya.
Alexievich yang menetap di Minsk, Belarus memang dikenali sebagai penulis yang mengkhususkan penulisannya tentang era selepas perang dunia kedua dan selepas kejatuhan Soviet Union di mana beliau menjalankan beribu temuramah untuk dimasukkan ke dalam bukunya. Buku pertamanya War's Unwomanly Face yang terbit pada tahun 1985 sangat popular sehingga terpaksa diulang cetak beberapa kali.
***
Sumber: Nobel Prize