Kita semua sudah sedia maklum tentang krisis yang melanda Syria. Beribu-ribu orang Syria terpaksa melarikan diri dari negara mereka dan menempuh perjalanan beribu batu untuk mencari perlindungan.
Namun disebalik semua itu, ramai yang tidak tahu masih ada sekumpulan sukarelawan muda yang terus tinggal di pekan Darayya, Syria yang dikuasai oleh puak pemberontak atas satu tujuan murni iaitu menyelamatkan buku.
Selepas penduduk pekan Darayya meninggalkan kediaman mereka, kumpulan yang terdiri daripada pelajar ini bergegas menyelamatkan buku-buku dari perpustakaan peribadi yang terdapat di rumah-rumah yang ditinggalkan ini. Setakat ini mereka telah mengumpul sebanyak 11,000 buah buku. Menurut salah seorang sukarelawan bernama Abu Al-Ezz, 23, buku-buku yang dikumpul ini akan dikatalog dan akan dipulangkan kembali jika tuannya kembali semula ke Syria.
Mereka telah mengumpul pelbagai buku seperti novel-novel arab dan asing, buku-buku agama dan juga buku-buku akademik.
***
Sumber: Mirror