Perpustakaan bergerak memang satu idea yang menarik terutama bagi manusia zaman moden yang sentiasa sibuk dengan kehidupan seharian dan tidak mempunyai masa untuk mengunjungi perpustakaan.
Atas dasar itu, projek perpustakaan bergerak telah diwujudkan di Chicago, Amerika di mana perpustakaan bergerak ini dibina di dalam keretapi. Untuk mendorong para penumpang keretapi membaca, Chicago Transit Authority telah meletakkan buku-buku tulisan Martin Rothblatt, Michael Strahan, Scott Shane dan senator Missouri iaitu Claire McCaskill di dalam gerabak keretapinya bermula 12 October 12 hingga 18 Oktober yang lalu.
Projek yang diberi nama "Books On The L" ini merupakan sebahagian daripada program pinjaman buku Chicago Transit Authority yang juga merupakan sebahagian daripada acara pada Chicago Ideas Week.
***
Sumber: Chicago Ideas