Romantisisme berfungsi sebagai penghubung antara realisme, pencerahan dan fantasi di dalam peta sastera yang begitu terperinci yang dihasilkan oleh Martin Vargic yang baru berusia 17 tahun. Vargic adalah seperti ilustrator dunia yang begitu mengujakan hasil dari idea kita sendiri. Peta sastera ini yang mengulas tentang penulis drama, puisi, non-fiksyen dan prosa adalah antara 64 infografik yang dimuatkan di dalam buku terbarunya berjudul Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World.
Vargis mengambil masa selama tiga minggu untuk menghasilkan peta sastera ini dan sama seperti peta popularnya yang lain - termasuk peta viralnya iaitu Internet 1.0 - ia turut mengandungi maklumat yang begitu terperinci dan anda dapat menikmatinya dengan mudah dengan hanya membeli edisi kulit keras buku ini.
Buku ini sudah tentunya mampu membuatkan anda teruja dengan bakat visual Vargic yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Selain daripada peta sastera, Vargic turut menghasilkan Peta Muzik, Peta Youtube dan banyak lagi. Di samping itu, terdapat juga lima puluh peta mini yang menyenaraikan pelbagai data seperti jumlah kumpulan heavy metal per kapita, jumlah traktor bagi setiap 1,000 penduduk dan banyak lagi.
***
Sumber: VOX