New Zealand memang sinonim bagi peminat-peminat Lord of the Rings. Kini mereka boleh menambah satu lagi destinasi yang wajib dikunjungi iaitu Deadwood di South Dakota, Amerika. Mungkin tiada siapa yang menyangka bahawa di sini terletaknya satu tempat percutian yang diinspirasikan dari Lord of the Rings iaitu rumah pokok Hobbit.
Rumah pokok Hobbit ini dimiliki oleh Gordon dan Audrey Mack yang berusaha untuk menjadikan rumah pokok ini sama asli seperti rumah Hobbit dengan memberi perhatian kepada perinciannya seperti pintu bulat, corong asap bengkok dan sebagainya.
Gordon dan Audrey juga menyediakan rumah mewah Chateau De Soleil yang terletak di belakang rumah pokok ini bagi mereka yang berminat untuk menyewanya.
***
Sumber: VRBO