Tahun lepas, ilustrator Kate Gavino telah memulakan satu laman Tumblr di mana dia berkongsi lukisan dan petikan kata-kata daripada penulis-penulis terkenal yang beliau lihat bercakap di acara-acara buku di kota New York. Kini semua lukisannya telah dikompilasikan dan diterbitkan sebagai buku yang diberi judul Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors.
Buku ini mengandungi antara lainnya petikan kata-kata hikmat daripada penulis seperti Zadie Smith. Terdapat jugak petikan kata daripada Elizabeth Gilbert yang bercakap tentang konsep masa. Malah terdapat juga petikan kata daripada Junot Diaz yang bercakap tentang masyarakat dan keberanian.
Menurut Gavino, beliau telah hadir ke 400 acara bacaan buku sepanjang dua tahun yang lalu tetapi merasakan beliau masih belum puas kerana setiap acara bacaan yang diadakan di kedai-kedai buku ini seolah-olah seperti mengalu-alukan kehadirannya.
Jika anda berminat untuk mendapatkan buku ini, anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: Buzzfeed