Sebelum ini kita telah melihat bagaimana pengguna bas awam di bandar Cluj-Napoca, Romania tidak akan dikenakan sebarang tambang jika mereka membawa buku bersama.
Kini, syarikat penerbitan buku L&PM Editores di Brazil pula mengorak langkah yang lebih kurang sama. L&PM Editores kini menawarkan buku novel-novel klasik bersaiz poket yang boleh juga digunakan sebagai pas untuk keretapi subway.
Projek ini bermula sempena Hari Buku Sedunia pada bulan April yang lalu di mana L&PM Editores memberikan secara percuma 10,000 buku yang mengandungi 10 pas percuma di stesyen-stesyen keretapi subway di Sao Paolo. Buku-buku ini yang mengandungi kad yang boleh diimbas boleh diisi semula di laman web Ticket Books. Ia juga boleh dihadiahkan kepada orang lain. Atas kejayaan L&PM Editores ini, projek serupa bakal diperluaskan lagi di kawasan-kawasan lain di Brazil.
***
Sumber: PSFK