Anda berada di Kelantan dan mahu berehat di sebuah kafe yang berkonsepkan buku? Maka anda tidak perlu mencari jauh. Nisa's Book Cafe yang terletak di Tingkat 1, Medan Usahawan, Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV ini menawarkan ruang bacaan berkonsepkan kafe yang memberikan anda suasana yang begitu asyik untuk membaca buku sambil bersantai.
Kafe yang yang dilancarkan pada 24 Oktober yang lalu turut memberikan khidmat wifi kepada para pengunjungnya.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman Facebook Nisa's Book Cafe di SINI
***
Sumber: Nisa's Book Cafe