Pada zaman moden ini, hampir semua orang memiliki telefon pintar dan tidak susah untuk melihat seseorang menelek telefon pintar mereka apabila mereka sedang menunggu. Atas sebab itu, majlis perbandaran Grenoble di Perancis berhasrat untuk menjadikan masa menunggu tersebut lebih bermakna dengan mencipta mesin cerpen.
Mesin cerpen yang berukuran satu meter tinggi ini boleh mengeluarkan sekeping kertas berukuran 8 centimeter lebar dan 60 centimeter tinggi yang mengandungi cerpen-cerpen ringkas. Panjang cerpen ini terdapat dalam pelbagai format dan panjangnya bergantung kepada pilihan anda sendiri.
Dijangkakan lapan buah mesin serupa akan dipasang di sekitar bandar Grenoble.
***
Sumber: Konbini