Berita baik bagi para penggemar buku yang berpeluang untuk mengunjungi Amerika. Kini anda ada satu lagi tempat untuk dilawati.
Selepas merancang selama lima tahun, akhirnya Muzium Penulis Amerika menemui rumahnya iaitu di Chicago, Amerika Syarikat. Muzium yang dirancang untuk dibuka pada awal tahun 2017 ini bakal menjadi muzium yang meraikan penulis-penulis Amerika dan juga sastera.
Pengasas muzium ini iaitu Malcolm O’Hagan dalam satu sidang akhbar berkenaan penubuhan muzium ini menyatakan bahawa muzium ini bakal dibina di ruang seluas 11,000 kaki persegi yang terletak di North Michigan Street, berhampiran Millennium Park dan Chicago Art Institute.
Jadi sama-samalah kita tunggu pelancaran muzium ini apabila ia dibuka kelak.
***
Sumber: Publishers Weekly