Membaca buku dalam versi digital atau elektronik sudah menjadi kebiasaan di zaman moden ini namun untuk mencari buku yang anda inginkan secara spesifik mungkin memerlukan sedikit usaha. Atas sebab itu, satu aplikasi baru yang dikenali dengan nama Shelfie telah dibangunkan yang membolehkan anda mencari versi digital buku bercetak yang sedia ada.
Dengan menggunakan aplikasi ini, para membaca boleh mengimbas muka depan buku bercetak dan aplikasi ini akan mencari versi digital buku tersebut yang boleh anda muat turun.
Untuk maklumat lanjut berkenaan aplikasi ini, anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: Huffington Post