Jika anda sukakan buku yang unik, buku rekaan Kelli Anderson ini mungkin patut menjadi salah satu buku yang anda perlu miliki. Dengan kemahiran dan kreativiti yang beliau miliki, Anderson telah menghasilkan sebuah buku yang juga berfungsi sebagai kamera yang diberi nama This Book is a Camera.
Sebaik sahaja anda membuka buku anda, anda akan mendapati kertas yang digulung dan dianyam rapi yang berbentuk kamera akan timbul. Apa yang lebih menarik lagi, kamera kertas ini juga berfungsi seperti sebuah kamera lubang jarum.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: Wired