Novel Don Quixote bukan sahaja terkenal sebagai antara novel terpopular di dunia, tetapi ia juga terkenal kerana ketebalannya. bagi edisi biasa kulit lembut, novel ini boleh mencecah sehingga 800 ke 900 mukasurat dan sudah tentunya ia sesuatu yang sangat mencabar untuk menghabiskan novel ini.
Atas sebab itu, Visual Editions kini telah tampil dengan edisi visual novel tersohor ini untuk membantu para pembaca menghadam novel ini dengan lebih mudah. Buku yang yang direka oleh Fraser Muggeridge Studio menampilkan visual atau ilustrasi yang memberikan impak kepada kedalaman plot novel ini yang berlapis-lapis. Warna tertentu akan digunakan setiap kali Don Quixote berkata-kata yang boleh mengasingkan plot ceritanya dari sudut naratif dan visual.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: It's Nice That