Jika anda masih ingat, Haruki Murakami pernah mengadakan sesi soal jawab di antara beliau dan peminatnya di mana Murakami telah menerima sebanyak 37,465 soalan dan dari jumlah itu beliau menjawab 3,716 soalan dan ada antaranya telahpun diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan juga pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Kini koleksi soal jawab tersebut telahpun diterbitkan ke dalam bentuk buku. Syarikat penerbitan Shinchosa telah menerbitkan buku koleksi soal jawab tersebut di mana mereka memilih untuk memuatkan 473 soalan yang telah di jawab oleh Murakami.
Di samping buku fizikal, ia turut diterbitkan di dalam bentuk digital di mana kesemua 3,716 soalan tersebut dimuatkan dan diterbitkan di dalam lapan jilid. Difahamkan bahawa versi digital ini diterbitkan atas permintaan peribadi oleh Murakami sendiri.
Cuma apa yang agak malang, buku ini hanya diterbitkan di dalam bahasa Jepun. Harapnya satu hari ia akan diterjemah ke bahasa Melayu atau bahasa Inggeris untuk dinikmati oleh kita semua.
***
Sumber: The Guardian