Menghampiri hujung tahun 2015, sudah tentunya pelbagai senarai buku terbaik dikeluarkan merangkumi pelbagai genre. Namun ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengetahui tentang semua senarai ini.
Atas sebab itu, Largehearted Boy telah mengambil inisiatif untuk mengkompilasikan kesemua senarai buku terbaik yang wujud sepanjang tahun 2015 untuk kemudahan semua. Inisiatif ini telahpun dijalankan selama lapan tahun. Jika diteliti, sebanyak 900 senarai buku terbaik telah dimasukkan untuk rujukan semua.
Diharapnya inisiatif sebegini akan diteruskan untuk tahun-tahun berikutnya. Anda boleh melihat senarai tersebut di SINI
***
Sumber: Largehearted Boy