Meminjamkan buku bukan sahaja berfungsi sebagai medium untuk berkongsi minat, malah ia turut boleh menjadi satu pengalaman ngeri bagi seorang pembaca. Pelbagai keluhan kita biasa dengar mengenai buku-buku yang dipinjamkan oleh seorang pembaca kepada orang lain. Atas sebab itu akhbar The Guardian telah mewujudkan satu ruangan untuk para pembaca berkongsi pengalaman mereka meminjamkan buku kepada orang lain.
Antara kisah terawal yang dikongsi adalah daripada editor buku mereka sendiri, Claire Armitstead. Beliau menyatakan beliau pernah menjadi seorang pembaca yang meminjamkan bukunya tanpa mengambil kisah siapa peminjamnya. Antara kisah yang dikongsinya adalah tentang rakannya yang meninggal dunia sebelum sempat memulangkan buku yang dipinjamnya dari Armitstead. Beliau juga berkongsi kisah bagaimana beliau terpaksa bersetuju untuk memberikan makanan kepada kucing jirannya semata-mata untuk masuk ke dalam rumah jirannya bagi "membebaskan" tiga buah buku yang dipinjam oleh jirannya dan masih tidak dipulangkan kepada beliau setelah sekian lama.
Justeru itu, jika anda ada kisah-kisah menarik untuk dikongsikan, anda boleh klik di SINI atau anda boleh juga tulis di ruangan ulasan di bawah.
***
Sumber: The Guardian