Jika anda masih ingat, @twt_buku pernah menterjemah artikel tentang bagaimana Ann Morgan mengembara mengelilingi dunia melalui 196 buah buku. Kisahnya bermula pada tahun 2012 di mana beliau mencabar diri beliau untuk cuba membaca buku dari setiap negara (kesemua 195 negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga negara yang pernah menjadi anggotanya iaitu Taiwan) dalam tempoh masa setahun.
Kini untuk memudahkan lagi anda untuk meneliti setiap buku yang dibaca oleh beliau, anda boleh menyusuri peta interaktif google di mana anda boleh mengklik pada pin merah yang terdapat pada peta ini dan ia akan menunjukkan buku yang berkaitan dengan tempat yang anda pilih.
Ia bukan sahaja memberikan maklumat tentang buku yang berkaitan, malah terdapat ulasan ringkas yang boleh menunjukkan serba sedikit apakah kaitan buku tersebut dengan tempatnya.
Harapnya Ann Morgan akan mengemaskini bacaannya pada masa akan datang untuk dimuatkan di dalam peta ini untuk dikongsi dengan semua.
***
Sumber: Ted