Bagi yang berminat mengumpul cenderamata atau souvenir yang diilhamkan dari buku, anda boleh mendapatkan produk terbaru keluaran Carters of Suffolk ini iaitu teko buku (atau teko puisi). Teko yang dihasilkan dengan tangan ini dihasilkan dalam bentuk buku daripada penyajak klasik British dan Eropah seperti Rosetti, Keats, Byron dan ramai lagi.
Selain daripada teko ini, terdapat juga beberapa rekaan teko lain yang diilhamkan daripada buku untuk anda miliki.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: Carters of Suffolk