Bagi sesebuah perpustakaan, buku yang dipulangkan lewat oleh seseorang peminjam adalah satu perkara biasa tetapi mungkin ia akan menjadi agak luarbiasa jika buku tersebut dipulangkan selepas 52 tahun dipinjamkan. Itulah yang berlaku kepada perpustakaan Portland State University yang menerima kembali buku yang dipinjam dari perpustakaan mereka pada tahun 1963.
Peminjam yang merahsiakan identitinya ini turut meletakkan nota menerangkan secara ringkas bila dan kenapa beliau memulangkan kembali buku yang dipinjamnya. Jadi jika anda ada meminjam apa-apa buku, ia masih belum terlewat untuk memulangkannya.
***
Sumber: Hello Giggles