Selama beratus abad lamanya, kucing memerhatikan dengan diam manusia menjalankan kehidupan sehariannya yang penuh dengan tekanan, tidur yang tidak nyenyak dan hubungan yang mengelirukan. Sudah tentunya, kucing tidak lagi mampu bersabar dengan hanya memerhatikan sahaja tanpa memberikan pertolongan.
Atas sebab itu, kini terbitknya sebuah buku panduan-diri yang ditulis oleh kucing untuk membantu manusia menjalani kehidupan yang lebih sihat dan menggembirakan yang diberi judul You Need More Sleep.
Buku yang agak lucu ini sebenarnya hasil buah tangan daripada Francesco Marciuliano yang merupakan penulis novel yang cukup laris iaitu I Could Pee on This, I Could Chew on This dan I Knead My Mommy. Melalui buku ini, anda akan menemui kata-kata hikmat daripada kucing untuk permasalahan-permasalahan harian yang dihadapi oleh manusia.
Jadi jika anda sudah letih dengan nasihat-nasihat daripada manusia, anda boleh mendapatkan buku ini pula.
***
Sumber: Chronicle Books