Sudah tentunya sesebuah perpustakaan mempunyai peraturannya yang tersendiri. Antara peraturan yang biasa kita lihat adalah perpustakaan yang melarang pengunjungnya membuat bising. Namun sebuah perpustakaan di Korea Selatan mempunyai peraturan yang lebih ketat sehingga menerima kritikan orang ramai.
Perpustakaan Sillim-dong yang terletak di Gwanak, Seoul menguatkuasakan peraturan yang cukup ketat berkenaan bunyi bising. Ia bukan sahaja menghalang pengunjungnya untuk berbual, malah mereka menghalang pengunjung untuk membuka zip beg mereka di dalam perpustakaan.
Perpustakaan Sillim-dong sering menjadi tumpuan para dewasa yang datang untuk mengulangkaji bagi mengambil peperiksaan yang membolehkan mereka mendapat kerja yang mereka idamkan.
***
Sumber: Allkpop