
Perpustakaan yang mempunyai senibina yang cantik bukan sahaja menarik perhatian penggemar buku malah sesiapa sahaja yang melihatnya. Baru-baru ini, Firma Arkitek SOM menggabungkan prisip-prinsip Feng Shui dalam menghasilkan sebuah perpustakaan baru bagi Chinatown Branch Library di Chicago, Amerika.


Bangunan perpustakaan seluas 16,000 kaki persegi ini terletak di sebuah persimpangan sibuk berdekatan dengan sebuah stesyen keretapi metro yang sudah tentunya bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai. Lokasi bangunan perpustakaan ini juga menggunakan kaedah Feng Shui untuk menentukan lokasinya yang sesuai.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi perpustakaan ini jika anda berada di Chicago.
***
Sumber: Dezeen