E-Manga mungkin sudah popular di banyak negara-negara lain tetapi perkara yang sama tidak boleh diperkatakan di negara kelahirannya iaitu Jepun. Pada tahun 1996, penjualan buku dan majalah di Jepun mendatangkan pulangan sebanyak 2.6 trilion yen dan menurun kepada 1.6 trilion yen pada tahun 2014. Walaubagaimanapun, penjualan manga terus bertahan.
Tetapi ucapan terima kasih harus diberikan kepada e-manga. Malahan penjualan e-manga sebenarnya sangat laris sehinggakan pasaran manga bakal mewujudkan senarai e-manga terlaris. Antara contoh kejayaan e-manga adalah penjualan e-manga karya Miso Suzuki yang kini memperolehi keuntungan 10 juta yen setiap tahun hasil penjualan e-manga beliau melalui platform Kindle Direct.
Namun begitu, ramai masih tertanya samada populariti e-manga ini akan menyebabkan penerbitan manga tradisional akan lenyap. Sama-samalah kita tunggu.
***
Sumber: Teleread