Bagi peminat siri novel Harry Potter, ada berita baik (atau mungkin juga buruk) untuk anda.
Salah satu impian bagi para peminat Harry Potter sudah tentunya diterima masuk ke sekolah Hogwarts. Namun ia tidak terhenti di situ sahaja. Di Hogwarts, setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa rumah iaitu Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan Slytherin.
Kini rekaan terbaru laman web Pottermore akan memilih rumah mana yang bakal anda sertai. Dengan menjawab beberapa soalan, anda boleh mengetahui rumah manakah yang bakal anda sertai.
Jadi apa tunggu lagi? Segera ke laman web Pottermore dan ketahui samada anda bakal menyertai rumah impian anda.
***
Sumber: Pottermore