Apabila membaca sesebuah novel, sudah tentunya kita akan cuba membayangkan bagaimana rupa sebenar karekter yang digambarkan oleh si penulis. Namun ia tidak setakat berhenti di situ sahaja. Buktinya adalah Brian J. Davis yang menghasilkan potret daripada karekter-karekter di dalam novel.
Davis yang merupakan seorang pelukis digital dan pengarah filem menggunakan aplikasi FACES ID yang selalu digunakan oleh agensi penguatkuasa untuk menghasilkan lakaran penjenayah untuk menghasilkan potret karekter-karekter di dalam novel yang dibacanya. Antara potret yang dihasilkannya adalah karekter Aomame dari novel 1Q84 tulisan Haruki Murakami dan Carrie White dari novel Carrie tulisan Stephen King.
Anda boleh melihat hasil kerjaya yang lain di pautan INI
***
Sumber: Buzzfeed