Sebelum ini kita telahpun melihat beberapa buah buku yang memegang rekod sebagai buku paling lama dipinjam di dunia. Baru-baru ini kisah yang hampir sama berlaku apabila sebuah buku yang dipinjam 81 tahun dahulu oleh D.W. Lovett (berdasarkan kad peminjam pada buku ini) dijumpai oleh Amy Schaumann di Albany, Amarika.
Schaumann yang bekerja sebagai tukang kayu dan sedang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di sebuah rumah di sana menyatakan beliau menjumpai buku tersebut ketika beliau sedang menanggalkan sebuah dinding kayu dan buku tersebut dijumpai tersorok di celah dinding tersebut.
Buku berjudul American Railway Transportation yang ditulis oleh Emory R. Johnson dan diterbitkan pada tahun 1907 ini cuba dipulangkan kembali kepada pemilik asalnya iaitu Albany Public Library namun perpustakaan ini memutuskan untuk menghadiahkan buku ini kepada Amy Schaumann.
***
Sumber: Democrat Herald