Dengan kerjasama penerbit Visual Editions, Google Creative Lab kini mengorak usaha baru iaitu menawarkan buku yang direka khusus untuk telefon pintar sahaja. Buktinya, Google telah memuatkan dua buku elektronik (e-buku) terbaru di Google Play Store iaitu Entrances & Exits dan The Truth About Cats & Dogs. Tidak seperti e-buku yang lain, buku-buku ini hanya wujud di laman digital sahaja dan mustahil untuk dicetak.
Sebagai contoh, buku pertama yang diberi judul Entrances & Exits karya Reif Larsen mengambil tempat di Google Street View. Tidak seperti buku biasa yang perlu diselak dari satu mukasurat ke mukasurat seterusnya, buku ini pula menggantikan mukasurat dengan jalan-jalan yang terdapat di Google Street View dan pembaca akan bergerak dari satu jalan ke jalan yang lain untuk membaca buku ini.
Walaubagaimanapun, usaha menerbitkan buku sebegini masih diperingkat awal dan sama-samalah kita tunggu apakah yang akan ditawarkan lagi pada masa hadapan.
***
Sumber: Buzzfeed