Walaupun menerima pelbagai pendapat dan kritikan, hasrat Amazon untuk membuka lebih banyak kedai buku fizikal nampaknya tidak pernah pudar. Berakar daripada kejayaan mereka membuka kedai buku fizikal pertama di Seattle pada tahun lepas, Amazon kini bercadang untuk membuka lebih banyak cawangan kedai buku fizikalnya yang dikatakan sekitar 300 ke 400 buah kedai.
Berita terbaru ini sudah tentunya membimbangkan ramai penjual buku lain. Walaupun rancangan untuk membuka lebih banyak kedai buku ini tidak diteruskan, banyak penjual buku telah terkesan dengan Amazon. Sebagai contoh, kejayaan Amazon sebagai laman online yang menjual buku fizikal dan elektronik sudah cukup membuatkan penjual buku online yang lain seperti Borders dan Barnes & Nobles mengalami kerugian. Tetapi dalam pada masa yang sama pula, kedai buku persendirian mendapati jualan buku mereka meningkat kerana masih ramai pembaca yang tidak mahu meninggalkan tradisi meneliti satu persatu buku di rak-rak kedai buku.
Jadi sama-samalah kita tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku jika Amazon meneruskan rancangannya.
***
Sumber: New York Times