Menyertai kelab buku sudah tentunya sesuatu yang menyeronokkan bagi seorang pembaca. Namun begitu, kesibukan sering menjadi faktor yang mengekang seseorang pembaca untuk meluangkan masa menyertai kelab buku. Walaubagaimanapun, kemajuan teknologi dan penggunaan media sosial yang luas pada hari ini membolehkan seseorang menyertai kelab buku digital tanpa perlu meninggalkan rumah mereka.
Berikut adalah beberapa kelab buku yang mungkin anda boleh sertai.
1. Bustle Book Club
Kelab buku Bustle Book Club merupakan usahasama di antara Bustle dan Alloy Entertainment Group. Anda hanya perlu menunjungi laman goodreads mereka dan meyertai diskusi buku di sana.
2. Women's Lives Club
Kelab buku virtual Women's Lives Club dimulakan oleh Rachel Syme dan disertai oleh peserta dari seluruh dunia. Untuk bulan ini, novel The Silent Woman tulisan Janet Malcolm menjadi pilihan kelab buku ini.

3. Our Shared Shelf
Kelab buku Our Shared Shelf ini dimulakan oleh pelakon terkenal Emma Watsons dan popularitinya telah menarik lebih 100,000 peserta.
Kelab buku Our Shared Shelf ini dimulakan oleh pelakon terkenal Emma Watsons dan popularitinya telah menarik lebih 100,000 peserta.
4. #RWBookClub
Ini merupakan sebuah lagi kelab buku yang dimulakan oleh pelakon iaitu Reese Witherspoon. Anda hanya perlu cari hashtag #RWBookClub di twitter untuk mengetahui dan menyertai kelab buku ini.
Ini merupakan sebuah lagi kelab buku yang dimulakan oleh pelakon iaitu Reese Witherspoon. Anda hanya perlu cari hashtag #RWBookClub di twitter untuk mengetahui dan menyertai kelab buku ini.