Salah satu cara bagi ibu-bapa untuk mendorong anak-anak mereka membaca adalah dengan mendorong mereka sejak mereka kecil lagi dan sudah tentunya ia bukan satu perkara yang mudah. Namun begitu, ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Kini McDonalds mungkin boleh membantu para ibu-bapa menyemai minat membaca anak-anak mereka.
Restoran McDonalds tidak akan memberikan permainan untuk set Happy Meals mereka. Sebaliknya ia digantikan dengan novel kanak-kanak. Promosi yang berakhir pada 15hb Februari ini menawarkan empat novel berbeza di mana tiga daripadanya bertemakan hari Valentine iaitu novel Clark the Shark Takes Heart tulisan Bruce Hale dan ilustrasi oleh Guy Francis, Happy Valentine’s Day, Mouse! tulisan Laura Numeroff dan Felicia Bond dan novel Pete the Cat: Valentine’s Day Is Cool tulisan Kimberly dan James Dean. Novel keempat pula ada novel klasik Paddington tulisan Michael Bond dan ilustrasi oleh R. W. Alley.
Malangnya, tawaran ini hanya terpakai di cawangan restoran McDonalds di Amerika dan United Kingdom sahaja.
***
Sumber: Time