Untuk menarik perhatian kanak-kanak kepada sesebuah buku, sudah tentunya buku tersebut perlu direka dengan menarik dan unik. Itulah yang dilakukan oleh pereka grafik Cléa Dieudonné melalui buku terbarunya yang diberi judul Megalopolis. Apa yang menarik tentang buku ini?
Tidak seperti kebanyakan buku lain, buku ini merupakan lipatan ilustrasi sepanjang tiga meter yang menggambarkan tentang kota fiksyen Megalopolis.
Megalopolis yang akan diterbitkan oleh syarikat penerbitan Thames & Hudson pada 7hb Mac ini menceritakan tentang kisah makhluk asing yang mengembara dari angkasa lepas untuk mencari kota fiksyen yang mengandungi zoo, taman, rumah opera dan laluan keretapi bawah tanah. Untuk membaca buku ini, pembaca tidak akan membaca secara dari kiri ke kanan. Sebaliknya, ia perlu dibaca secara menegak di mana setiap panel buku yang dibuka akan menceritakan tentang bahagian-bahagian di dalam kota Megalopolis.
Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan buku ini, anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: Creative Review