Berita baik untuk peminat Harry Potter. Buku terbaru yang diberi judul Harry Potter and the Cursed Child - Parts I & II diberitakan akan diterbitkan pada 31hb Julai ini. Pada asalnya ramai yang menyangka bahawa ianya merupakan lanjutan siri novel Harry Potter tetapi J.K. Rowling menjelaskan buku ini sebenarnya hanya mengandungi skrip untuk drama pentas dengan tajuk yang sama yang akan dipentaskan sehari selepas buku ini diterbitkan.
J.K. Rowling menyatakan bahawa buku ini bukanlah sambungan siri novel Harry Potter kerana plotnya bermula selepas 19 tahun Harry Potter menghantar anaknya ke Hogwarts dan ianya juga berkisar tentang kisah hidup Harry Potter yang belum diceritakan lagi termasuk kisah tentang kehidupan kedua ibu-bapa Harry Potter.
***
Sumber: BBC