Bidang penterjermahan merupakan satu cabang penting dalam mempromosikan sesebuah buku. Jika tiada penterjemah, maka mustahil dunia luar akan mengenali penulis-penulis seperti Haruki Murakami, Orhan Pamuk dan ramai lagi. Namun begitu, realitinya penterjemah selalu dipandang remeh. Malah amat sedikit sekali anugerah yang dikhaskan untuk mengiktiraf seseorang penterjemah.
Atas sebab itu, hadiah buku terkenal iaitu Hadiah Man Booker bakal mewujudkan hadiah khas untuk penterjemah mulai tahun hadapan. Hadiah sebanyak £52,000 bakal diberikan kepada penterjemah terpilih yang menterjemah buku ke dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan di United Kingdom. Salah satu tujuan hadiah ini diwujudkan adalah untuk mengiktiraf betapa pentingnya penterjemahan dalam industri buku dan betapa besarnya sumbangan penterjemah kepada masyarakat.
***
Sumber: Telegraph