Jerman adalah antara salah satu negara yang mengambil berat tentang industri buku di negara mereka. Buktinya, pada 03hb Februari yang lalu mereka telah mengumumkan tentang harga tetap buku yang selama ini terpakai kepada buku fizikal sahaja akan turut terpakai kepada buku elektronik.
Menteri Kebudayaan Jerman, Monika Gruetters menyatakan bahawa undang-undang ini akan terpakai kepada semua jenis buku elektronik samada yang dijual oleh penjual buku tempatan ataupun antarabangsa.
Undang-undang harga tetap buku ini pada asalnya diwujudkan pada tahun 2002 yang mana ia mewajibkan setiap penerbit untuk meletakkan harga tetap bagi setiap buku yang mereka terbitkan. Tujuannya adalah untuk menghadkan kuasa kedai-kedai buku besar dan melindungi kedai-kedai buku kecil dan persendirian. Keseriusan Jerman dalam menguatkuasakan undang-undang ini boleh dilihat pada tahun lepas apabila Amazon didapati bersalah kerana melanggar undang-undang ini.
***
Sumber: The Bookseller