Satu aplikasi baru yang dikenali dengan Serial Reader mungkin boleh menghidupkan semula seni membaca dengan hanya perlu meluangkan masa selama 20 minit sehari. Jadi bagaimanakah ia berfungsi?
Menurut pereka aplikasi ini iaitu Michael Schmitt, anda boleh melanggan novel-novel dan cerita yang sedia ada di dalam aplikasi ini dan anda akan serta-merta menerima isu pertama anda.
Kemudian, anda akan menerima isu terbaru novel atau cerita yang anda langgan pada setiap hari mengikut masa yang anda pilih.
Aplikasi ini akan memantau banyak mana anda membaca dan memebritahu anda statistik pembacaan anda setiap hari, minggu dan keseluruhan pembacaan anda untuk memastikan anda terus bermotivasi untuk membaca setiap hari.
Apa yang menariknya, aplikasi ini juga akan mengambilkira gaya hidup anda dan kesibukan anda menjalani kehidupan seharian dan ia akan cuba menyesuaikannya untuk membolehkan anda membaca setiap hari.
Michael Schmitt menyatakan beliau mendapat idea menghasilkan aplikasi ini daripada novel-novel kurun ke 19 yang biasanya diterbitkan secara bersiri.
***
Sumber: Indy100