Anda peminat David Bowie? Anda berita baik untuk anda. Syarikat penerbitan Plexus bakal menerbitkan buku mewarna yang diberi judul David Bowie: Starman: A Colouring Book.
Buku mewarna terbaru ini akan menampilkan evolusi fesyen David Bowie sepanjang 50 tahun kariernya sebagai insan seni. Buku ini bakal mengandungi 30 ilustrasi daripada ilustrator Coco Balderrama dan akan diterbitkan pada 21hb Mac akan datang. Buku ini bakal diterbitkan hanya selepas beberapa hari buku mewarna The David Bowie Colouring Book karya Mel Elliot diterbitkan.
***
Sumber: Bookseller