Tahukah anda apakah buku paling kecil di dunia? Baru-baru ini, seorang lelaki Siberia menyatakan beliau telah menghasilkan buku paling kecil di dunia. Buku mikro ini mengandungi mukasurat yang berukuran beberapa milimeter sahaja atau lebih spesifik; 70x90 mikrometer yang bersamaaan 0.07x0.09 milimeter yang sudah tentunya mustahil untuk dibaca.
Buku ini direka oleh Vladimir M. Aniskin yang berasal dari bandar Novosibirsk yang terletak kira-kira 2,000 batu dari Moscow. Beliau menyatakan yang beliau bakal menghantar permohonan kepada Guinness World Records untuk mengisytiharkan buku ini sebagai buku terkecil di dunia.
Ketika ini, rekod buku terkecil dipegang oleh buku kanak-kanak bertajuk Teeny Ted from Turnip Town yang dihasilkan di Universiti Simon Frazer di Kanada.
***
Sumber: ABC News