Kita mungkin biasa menghadiri acara-acara di mana ramai penerbit buku hadir untuk mempromosi dan menjual buku-buku mereka. Tetapi apa yang dilakukan oleh Satabdi Mishra dan Akshaya Ravtaray ini mungkin jarang kita jumpa.
Mereka kini dalam misi mengembara sejauh 10,000 kilometer menggunakan sebuah minivan ke seluruh India sambil membawa sebanyak 4,000 buah buku mereka. Pengembaraan mereka ini bertujuan untuk mempromosikan buku di bandar-bandar dan kampung-kampung. Kedua-dua sahabat ini memulakan pengembaraan mereka sejak bulan Disember tahun lepas.
Setakat ini mereka telah menjual sebanyak 2,000 buah buku dan sentiasa menambah stok buku mereka apabila mereka singggah di bandar-bandar besar. Walaupun telah menjual banyak buku, misi utama mereka masih tetap untuk mempromosikan budaya dan kepentingan membaca.
***
Sumber: BBC