Wujud pelbagai kelab buku untuk memenuhi permintaan dan minat pelbagai golongan, tetapi mungkin sukar untuk menemui kelab buku yang diwujudkan khusus untuk golongan gelandangan.
Itulah yang dilakukan oleh pustakawan Hamish Noonan yang bertugas di Central City Library di Auckland, New Zeland. Kira-kira setahun yang lalu, beliau telah mewujudkan satu kelab buku untuk para gelandangan dan ketika ini, terdapat 100 orang gelandangan yang memiliki kad perpustakaan mereka sendiri. Kelab buku ini menarik minat kira-kira 15 orang gelandangan setiap minggu.
Kelab ini juga membantu untuk meningkatkan hubungan di antara perpustakaan dan golongan gelandangan dan pada masa yang sama membantu para gelandangan ini jika mereka menghadapi apa-apa masalah lain.
Selain mewujudkan kelab buku, terdapat juga aktiviti lain seperti sesi kelab media di mana para gelandangan ini akan menerangkan tentang kehidupan mereka di jalanan.
***
Sumber: Radio NZ