Mengikut kajian terbaru, Finland didapati negara yang mempunyai bilangan celik huruf tertinggi di dunia dan jauh meninggalkan negara-negara maju lain seperti United Kingdom, Amerika, Kanada dan Australia.
Kajian yang dijalankan oleh John Miller yang merupakan presiden kepada Central Connecticut State University terhadap 200 negara ini menumpukan kepada pencapaian dalam ujian celik huruf dan ia mengambilkira pelbagai aspek seperti jumlah perpustakaan, suratkhabar dan sebagainya. Namun begitu, kajian ini tidak pula menfokuskan kepada keupayaan membaca. Sebaliknya ia lebih menumpuan kepada tabiat membaca dan sumber-sumber bacaan mereka.
Berikut adalah senarai 10 negara paling celik huruf yang diperolehi hasil kajian ini:
1. Finland
2. Norway
3. Iceland
4. Denmark
5. Sweden
6. Switzerland
7. US
8. Germany
9. Latvia
10. Netherlands
***
Sumber: The Guardian